Isnin, 14 Februari 2011

Bukti kamu cintakan Bumi

Hello !

Nana nak citer skit psl apa kegunaan sebatang pokok dan mcm2 lg.. Nak tahu ?Jom baca !

Jadilah pengguna yang bijak
Amalkan sikap guna semula. Khususnya pada bahan-bahan mudah lupus dan menjadi punca pencemaran sepertiu plastik. Kamu juga perlu jimat menggunakan kertas kerana ia di hasilkan dari pokok yang di tebang sehingga merosakkan ekosistem hutan.
Tanam sebatang pohon
Sebatang pokok dapat menyerap gas karbon dioksida selama masa hidupnya dan dapat menyejukkan kawasan persekitaran dengan menghasilkkan gas oksigen dengan banyak.
Jangan lakukan pembakaran terbuka
Elakkan dari melakukan pembakaran terbuka kerana gas yang di hasilkan mencemarkan udara. Sampah seperti daun-daun gugur jangan di bakar kerana pembakaran membuat udara di sekitar menjadi kotor dan tidak sihat.Daun- daun gugur sebaiknya dijadikan bahan kompos sahaja, yang sesuai untuk menyuburkan tanaman. Asap daripada enjin kenderaan juga menyebabkan alam tercemar dan hidupan sekelilingnya lama kelamaan akan musnah!
Tanamkan kesedaran
Alam sekitar menggambarkan emej diri kamu sendiri. Sekiranya kamu inginkan wajah yang cantik, kamu perlu menghias diri kamu. Hal yang sama juga boleh dilakukan kepada alam sekitar. Kanak-kanak perlu diberi pendidikkan supaya mencintai alam sekitar. Orang dewasa juga perlu di jadikan contoh buat generasi muda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan